Thursday, August 15, 2013

cerita raya saya

ســــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 Assalamualaikum

Dah seminggu raya. Feeling raya pun dah habis. Nak cerita pasal raya pun, alahai macam dah lapuk. Tambah lagi tengok keadaan rakyat Mesir Syria yang sangat sadis. Hm. Lagi takde mood nak beraya-raya. Boleh dikatakan hari yang paling rasa aura raya time hari raya pertama je. Mandi sunat hari raya, solat subuh berjemaah, salam-salam mohon ampun satu family, solat sunat hari raya, balik kampung bersuka ria dengan the whole family. Ya, itu yg buat saya rasa hari raya sangat bermakna. Feeling blessed gituu. Alhamdulillah :)

 gambar paling feberet raya tahun ni!
tahniah kazen abg ulish atas gambar ini
anda memang photographer handal
ya kami sayang antara kami!

ini aksi bermain dengan the comelss hassan!

bergambar di depan rumah maktok sebaik sahaja keluar dari kereta. haha

Sehari je beraya dengan cousin2.. Then pegi Penang ambik abang yang balik dari Jepun.
Tido sehari kat rumah kakak di Penang, pukul 4 pagi terus flight pegi Sarawak.
Hang tengok 'Akil, sebab hang kami sanggup berkorban apa sajaa tahu.
haha don't worry 'Akil, we love you so much!

di saat menunggu abang sampai dari jepun.

merenung kebesaran Tuhan di luar jendela kapalterbang.
mak saya comel disitu.
maktab abang saya.

tidak ketahuan kenapa.
feeling 'outfit of the day' gituu. pfft

ini aksi cubaan meniru gaya mereka

ya itu muka dengan senang hatinya melanggar arahan yang tertera. haha


kat sarawak ni memang famous cerita orang kena baham buaya.
yang ni Taman Negara Bako.
seram sejuk tengok gambar ni kat pintu masuk.
terus tak jadi pegi ":p

lihatlah. perjalanan sehariku sungguh jauh sekali..
=.="

lepak-lepak di waterfront

saya memang gemar mendukung baby. ahh baby sangat comel ! x)

you see? terus membajet jadi ummi kepada 'Akil.
padahal yang comel lotey seblah saya itulah ummi si 'Akil.

 
gambar bajet mak-mak gitu

k dah cerita raya saya
tak reti nak cerita nampak meriah
maaflah. saya menaip ikut kata hati je.
k
selamat hari raya semua!

wassalamualaikum :)


Monday, July 29, 2013

Cinta? What? haha ini kelakar sikit

ســــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alahai biasalah tu,
 fitrah manusia. 
usik sikit, 
terjatuh. 
tersungkur.

hati ni nipis.
tambah hati perempuan.
senang tersentuh.

sembunyi tara mana sangat
dah perempuan.
memang nak kena luahkan.
tapi pada siapa?
ya, Allah Maha Satu.
luahkan pada Dia.
si Pencinta teragung.
biar Dia uruskan.


ye redha dengan ketentuan-Nya,
tapi usaha tetap kena ada.


nah, lelaki.
kau beri 1 harapan.
tapi perempuan,
menanti 1000 harapan.
jangan beri harapan jika belum sedia untuk mencintai
k







"Setiap hari seperti menunggu sesuatu yang tak pasti.
Dan sungguh, penantian suatu penyiksaan."





Sunday, July 28, 2013

Cerekarama bulan Ramadhan, Incik mat bangla spesis indon

ســــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
 Assalamualaikum

ceh, tajuk persis pantun 2 kerat.
okay..
Setelah sekian lama tak update, maka dengan ini telahpun aku meng-update.
(kes intro takde idea)

nak cerita ni.

tengah syok-syok baca artikel sana-sini. Dengan tiba handphone berdering 
~do you know what Islam is? it's the way of life for all. Islam...~ *lagu ringtone :p

nombor tak dikenali berbunyi +62819841367 tertera.
ye laa, mana tau kot nombor ni call korang nanti.

then answer.

'assalamualaikum, cik. tahniah ya cik, semalam kami telah mengadakan cabutan bertuah anjuran Maxis 1 Malaysia, dan nombor cik telah terpilih untuk memenangi jumlah wang RM5000 cash ke bank akaun cik. tiada syarat apa-apa bayaran untuk ini. '

'hah?'

'ya, nombor cik iaitu 017-XXX XXXX telah terpilih untuk memenangi wang sebanyak  RM5000 dari pihak Maxis'

'betul ka ni? tipulah. takkan senang2 nak bagi hadiah jumlah wang sebanyak tu?'

'saya sendiri yang bernama Hj. .. *apatah lupa dah* di bawah syarikat Maxis 1 Malaysia & Bank Negara Malaysia ditugaskan untuk buat personal call kepada pemenang. bulan mulia bulan Ramadhan ni takkan saya nak tipu. Saya tau, saya pun berpuasa.'

and I was like -.- 'k, sekarang macamana nak transfer ke akaun saya? Tolong bagi pengesahan surat ke apa dulu bla bla bla pong pang pong pang! *membebel jap* '

'cik, cik dengar ya. cik tak perlu beri no account bank cik. Nombor pin account pun tak perlu ya. Itu bahaya. Jadi, kami meminta cik untuk pergi ke bank sekarang dan check duit tersebut di mesin ATM. Boleh cik?'

dan tahukah kamu?
dengan lafaz Bismillah & baca beberapa doa pelindung dari musibah.

aku pun pergi ke ATM, check, tiada jumlah wang tersebut.

dia call semula. 

'macam mana cik, jumlah nya ada?'

'takdak pun.'

'oh. kalau begitu cik perlu lakukan sedikit perkara untuk mendapatkan wang  tersebut. ikut arahan saya ya.'

...

'tekan itu, ini, kemudian tekan itu, masukkan nombor ini, kemudian...'

tahukah kamu? aku menuruti semua arahannya? sehingga satu tahap.

'okay ya cik. sekarang tinggal penampakan wang nya ya.. untuk penampakan wang nya, cik harus memasukkan RM300 ke dalam akaun cik, baru kami menampakkan resit RM5000. ini kerana duit dalam akaun cik tidak mencukupi..'

hah! aku dah agak! mesti ada kena masukkan duit dulu ke apa!

untuk pengetahuan, aku berani ikut arahan dia sebab dalam bank BSN aku tu tinggal berapa belas ringgit ja. officially guna maybank sekarang.. that's why aku berani. 

Actually aku just nak tahu macamana proses penipuan diorang. maklumat peribadi aku tak bagi pun.

haha. lawak.

'hm, tak pelah incik. saya tak nak lah duit tu. makan la sorang-sorang duit tu ye. terima kasih.'

'ha? cik, ini tinggal proses penampakan sahaja ya. kalau cik tidak melakukannya, wang tersebut akan diberi pada pemenang lain.'

'takpe incik, derma je kat orang lain. terima kasih la ye.'

matikan talian. 

menipu sungguh.

Lepastu aku cuba call dia balik. 

Saja tengok dia on ke off. 
then dia angkat. 
aku tanya siapa ni? 
dia tanya balik siapa ni? suara sama mcm incik tadi. lulz

terus aku tanya 'ni nombor dari negeri mana? kamu ni Islam ka?'
dia jawab, 'IN SHAA ALLAH cik, saya Islam. Saya pun tengah berpuasa. Saya muslim.'
aku gelak. 'inshaa Allah? tau ka apa maksud InshaaAllah tu? ce cakap siikit maksud inshaa Allah'
then 'apa ni. cik tadak tau ka maksud dia? kenapa cik nak tau? ha kenapa cik call?' *slang bangla*
aku cakap, 'kata Islam, cakap je la maksud dia. apa salahnya..' 
then terus dia off.wakaka. kantoi la mat bangla spesis indon. 

sebab at first bunyi indon.
then dia marah keluar slang bangla. haha lawak!

*senyum sinis* 

berani ye kau permainkan Islam & Bulan Ramadhan?

serious.

apa pun, jangan percaya kalau korang dapat call or sms yang mengatakan korang menang cabutan bertuah yada yada..

there's no such things. pegawai bank tu sendiri cakap.
mohon berhati-hati lepasni ye kawan-kawan. la'allakum fi hifzillah daa imann.

Wassalamualaikum wbt.