Okay, tajuk paling tidak menggiurkan. saya seperti ketiadaan idea. mungkin terlalu bercuti bersama keluarga tercinta saya. ya, semuanya bermula di sini.. saya tahu macam membosankan je beginning macam ni -.- aduh. at first, kakak saya ni nak menyingkirkan lemak yang dah lama menginap dalam badannya dekat lake garden. err jangan lambat sangat, nak berjogging lah kan. dia pun ajaklah saya. tiba-tiba Chu (panggilan untuk maksu) saya dan anak-anaknya dari Shah Alam datang tidur di rumah saya. Chu pun kedengaran plan kami, terus mahu men-join. lalu mak saya pun mengajak semuanya pergi ke Zoo Taiping. haha-ha.. and I was like, whatttt? takde tempat lain ke? T_T but nevermind. memandangkan budak-budak ramai, dekat taiping ni zoo je pun yang sesuai. oh yea, tak lupa juga, Hanan cousin saya pun men-join. so here the pictures for ya.
Kenalkan, ini Nadiatul Hanan, cousin saya paling comel.
keesokannya, saya bersama keluarga dan chu saya balik ke kampung. melepak, berjalan-jalan di kawasan kampung sambil berlagak seperti orang kampung adalah rutin harian tatkala pulangnya di desa saya itu. wah, rindunya saya. dan saya rasa amat teruja sekali apabila saya berlagak seperti kanak-kanak kampung. haha ayat ni buat saya nak gelak. saya tak tahu kenapa. tapi kegembiraan saya sehingga tidak dapat dinyatakan. okay dah cukup.
esoknya lagi, kami semua beramai-ramai pergi ke Bukit Merah bermandi manda. oh goshhh, dah lama tak berendam dalam air berenang-renang seperti ikan duyung yang jelita... fine finee lah, tak bajet dah. aduh. sesampainya di sana, adik-adik sedara aku semua dengan pantas bukak baju terus terjun dalam pool. mana boleh macamni, saya pun nak juga. tapi saya malu. ada mamat-mamat yang tak sepatutnya berada di situ melepak menikmati permandangan yang kurang enak. tapi saya tak peduli. saya dan cousin saya, Fatin, masuk pool dengan penuh keayuan. wakaka. bukan nak bajet, beradab sikit. haha err. okay setelah bermandi manda selama lebih kurang 4jam. tak sempat nak jalan-jalan dekat Bukit Merah sebab makteh saya nak pergi kenduri. balik tu yu ollss, penat gilaa baq hangg. semua terus landing macam pisang salai. eh ada ke pisang salai? tidurlah sekalian kami sehingga pukul 3petang. petang lagi sikit, saya dan family pun pulang ke rumah. balik tu saya sambung tidur. hihi jadi itu je lah sepanjang percutian serba sederhana saya di kampung. ewahh, macam karangan dah aku tengok. ehh? apani weh?? spm dah habis! sila beri pujian kepada saya. oh trimas,, trimas banyak-banyak :B
next trip: penang with my sis !

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! :D