Friday, May 18, 2012

Special Entry To All My Friends :')

ســــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
 Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku masih lagi bernafas dan boleh meng-update blog aku ni. Hmm, entri kali ini sangat menyentuh perasaan aku sendiri. Walaupun aku belum start dah tersentuh dah hatiku ini. Ouch! Acano tuh? Huhu. *don't play-play ok, be serious!

Bagi sahabat-sahabat taulanku yang disayangi dan dirindui, aku tahu, korang mesti terkejut tersentap tengok aku berubah ni kan. Harap-harap korang dapat terima aku seadanya.. Di kesempatan ini, aku nak memohon maaf sangat-sangat-tersangat kepada sesiapa di antara kamu tersinggung, termakan hati, tersentap, termenyampah dengan kata-kata dan perbuatan aku selama ini. Well aku ni perempuan juga, sudah tentu lah ada kutuk-mengutuk. Aku sedar betapa besarnya dosa perbuatan ini.. :(( Especially kepada specific person yang aku dah buat jahat dengan dia. Masha Allah! Dulu aku sangat jahat kepada mereka ini. Sesungguhnya keampunan hanya diterima oleh orang yang kita buat jahat kepadanya sahaja. Aku minta maaf sangat-sangat! :'( Maha Suci Allah, mintak dijauhkan perbuatan keji ini berulang lagi kepadaku. Amin..

Sejujurnya aku nak memulakan hidup baru with the new Farah Aina. Aku suka dengan hidup aku sekarang. Yang dulunya hati aku sentiasa tak tenteram. Selalu je nak touching touching. Sedih lah. Rasa bersalah lah. Apa apa lah. Even sekarang pun masih lagi rasa bersalah.. Tapi overall, hati aku mula tenang bila aku pilih jalan ini yang akan membawa aku ke akhirat nanti. Alhamdulillah aku sanad-sanad-tersanad bersyukur! :D Terima kasih Allah kerana membuka hati aku yang aku tahu adanya titik-titik hitam yang banyak. Aku akan berusaha memadam titik-titik hitam tu! Doakan aku ya. Amin. :)

Dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari hamba-Nya ini.. Maafkan aku sahabat.. Aku pasrah dan redha. Keampunan kamu terhadapku hanya Allah yang boleh balas. Syukran jazilan. Jaza kallahu khoiran. Semoga Allah merahmati hidup kamu semua. Amin :)

Sekian, ikhlas dari hati, wassalamualaik.

5 comments:

  1. farah,tergamam. goodluck eh.. kitorang sentiasa doakan yang terbaik tuk hg ^^

    ReplyDelete
  2. farah,tergamam. goodluck ehh,,kitorang sentiasa doakan yg terbaik tuk hg ^^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Thanks Mira. Aku pun doakan yang terbaik untuk korang :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, you have changed a lot farah.
    seriously, it amazed me.
    Keep your istiqamah.
    Hijab for peace!
    =)

    ReplyDelete
  5. Hihi alhamdulillah kakak. InsyaAllah, doakan farah :')

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! :D